Tirai Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL29) telahpun berlabuh kelmarin, namun beberapa isu dan kontroversi terus melanda program terbitan TV3 itu. Selain ada segelintir pihak yang mempertikaikan kemenangan lagu 'Apa Khabar', terdapat juga isu sokongan terhadap kumpulan pemuzik jalanan, Caliph Buskers.
Kesempatan mereka berkolaborasi dengan kumpulan Mojo di pentas final AJL29 kelmarin, tiba-tiba ada pihak yang tersalah anggap mendakwa semua pemuzik jalanan seperti mereka adalah peminta sedekah.
"Pandangan sesetengah masyarakat terhadap orang celik dan buta berbeza. Apabila kami busking, ada yang anggap kami ini peminta sedekah tetapi kami bersyukur selepas ditawarkan lesen oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk kami terus membuat persembahan.
"Kami mahu bersaing secara sihat dengan busker lain dan kami mahu masyarakat menilai muzik kami seperti mana mereka menilai muzik orang-orang celik. Bukan saja kami tetapi mungkin bakat golongan OKU lain.
"Menerusi AJL29, kami jadikan ia sebagai peluang untuk membuktikan orang macam kami juga mampu bersaing dan berharap masyarakat boleh menukar tanggapan terhadap kami bukan seperti yang difikirkan," ujar salah seorang anggota kumpulan tersebut yang dikenali sebagai Zaki dipetik sebagai berkata kepada MalaysianDigest.
"Ketika busking, kami selalu juga nyanyikan lagu-lagu Melayu termasuk lagu Mojo tetapi kami tidak pernah terfikir beraksi di AJL29. Rasa macam mimpi dan kami bukan artis sekadar busker sahaja.
"Edry memberi semangat pada kami untuk beraksi sehingga keyakinan kami bertambah. Selepas itu kami berjumpa dan berbincang seterusnya setuju untuk kami terus memulakan latihan selama dua minggu.
"Kami akan terus busking seperti biasa. Alhamdulillah, jika pihak KRU mahu mengambil kami sebagai artis mereka tetapi kami rasa kami tidak boleh memberi komitmen sepenuhnya kerana masing-masing mempunyai pekerjaan lain.
"Busking sekadar mencari pendapatan sampingan dan berkongsi bakat kami pada umum," tambahnya.
Nota PH :
Sayang seribu kali sayang...!!! Saudara Azmi Saat selaku vokalis Caliph Buskers, pemuda OKU cacat penglihatan kelahiran Johor Bahru yang bersuara emas ini menolak tawaran untuk menjadi artis disaat industri muzik rock tanahair mendambakan kegemilangannya kembali....Selepas mendengar suara 'raw' bercampur dengan lunak merdu yang sukar ditandingi, PH sangat berharap pasca AJL 29 ini akan berkumandang suaranya lagi di corong-corong radio dengan lagunya yang tersendiri...Tetapi selepas PH terbaca entri ini dari myartis.com, PH agak kecewa...
Bagi PH, suara Aweera ada sedikit klon Awie...Suara Hazama unik tetapi lebih kepada lagu-lagu funky pop dan balada...Suara Azlan Typewriter pun mantap tapi hanya ada satu dalam seribu...Suara Firman merdu tetapi dia dari Indonesia...Suara Black pun high pitch tetapi lebih sesuai untuk lagu-lagu softcore...Tapi bila berada di pitch yang tinggi, suara Black jadi leper ( kelunakan seolah-olah berkurangan )...
Suara Azmi Saat bagi PH adalah sangat unik...Suara beliau seolah-olah ada pitch shifter ( biasa terdapat dalam keyboard ) yang mana dia tiada masalah untuk menukar octave secara mengejut tanpa suara yang pecah dan masih kedengaran jelas lunaknya....Tambahan pula posisi ketika menyanyi adalah fleksibel...Sangat jarang penyanyi boleh mengawal suara yang tinggi dalam keadaan duduk dan menyanyikan lagu high note dalam keadaan berdiri tegak tanpa berkerut muka...Contoh yang jelas boleh dilihat ketika beliau busking lagu She's Gone ( Steelheart ) dan Madah Berhelah ( Ziana Zain )
Tetapi, PH yakin Azmi Saat ada sebab tersendiri mengapa beliau menolak tawaran untuk menjadi artis...Keputusan beliau harus dihormati...
Namun PH sangat berharap agar satu hari nanti Azmi Saat akan berubah fikiran dan akan kedengaran suaranya di radio demi mencipta kembali kegemilangan lagu-lagu persis Roman Cinta...Bukan apa, PH kekadang dah naik bosan asyik dengar lagu 'malaikat' jer...
Syabas Caliph Buskers....Kalian tidak menang AJL, tetapi kalian menang di hati pencinta muzik rock tanahair...PH ulangi rakaman AJL Roman Cinta hampir 100 kali...Memang tiada persamaan langsung dengan mana-mana penyanyi rock tanahair...
Guru gitar PH pernah berkata, orang buta menyanyi dengan telinga, sebab tu pitch dia sharp dan tepat...Kalau nak tuning piano, panggillah pemain piano dikalangan orang buta...
Edry pandai pilih...