Sebelum ini PH pernah menulis entri mengenai Baginda Sultan Kelantan yakni Tuanku Faris Petra sewaktu Baginda gigih membantu rakyat jelata yang menjadi mangsa banjir
( Baca Sini ). PH terjumpa status di Facebook milik Shauqi Hadi Mohd Jaais yang dimuatnaik ke blog ini
( link ) mengatakan Baginda Sultan telah mengarahkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
( MAIK ) mengeluarkan sejumlah wang sebanyak RM32 juta bagi membantu mangsa banjir di Kelantan. PH gembira dengar khabar ini namun PH tidak pasti kesahihannya.
Setelah PH selidik, jumlah kutipan zakat semasa yang terkini ( setakat 13 Januari 2015 ) berjumlah RM3,971,066.38 manakala jumlah zakat semasa yang telah diagihkan ialah RM1,931,317.95
( rujukan )
Nota PH :
Jadi, kalau mahu dihitung berdasarkan angka zakat yang dinyatakan di dalam Facebook berbanding dengan angka zakat dari laman web
MAIK, pada hemah PH dakwaan seperti di dalam Facebook Shauqi Hadi Mohd Jaais agak meragukan...Tapi yalah, bersangka baik jer..Mungkin dia tersilap taip..Nak taip angka lain tapi keluar angka lain...Nak betulkan balik mungkin henpon kehabisan bateri...