Baru-baru ini telah menjadi viral di media sosial terutamanya Facebook sebuah video yang menunjukkan kehebatan seorang gadis Meliani Siti Sumartini, 17, barasal dari Bandung, Indonesia dimana bermain gitar seolah-olah seorang pemain gitar profesional.
Berita terbaru mengenai gadis ini adalah apabila beliau telah menjadi buah mulut ramai blogger-blogger di seluruh dunia selepas mereka semua menyaksikan kehebatannya melalui Youtube.
Beliau nyata terkejut kerana ramai blogger antarabangsa telah mencadangkan namanya pengganti gitaris kumpulan Metal lagenda Megadeth.
Ketika ditemui oleh pihak Tribun News Indonesia, Meliani menyatakan rasa terkejut dan tidak menyangka akan menjadi buah mulut dikalangan peminat muzik dunia.
"Pertama terkejut dan tidak sangka akan perkara ini tapi saya agak senang kalau banyak yang suka," ujar gadis berhijab itu.
Beliau sebelum ini telah membuat cover lagu dari band metal Lamb of God berjudul Hourglass yang telah menarik banyak tontonan sehingga mendapat perhatian.
Nota PH :
Lepas gadis Melayu Islam 'dirosakkan' oleh K Pop, band Yahudi pulak nak mengintai kat Melanie ni...Takkan nak masuk rock band nak pakai tudung...Tak tahu la nak cakap...Pantang tengok orang Islam maju sikit...Harap-harap Meliani fokus dengan kehidupan asalnya...Bagi PH itu lebih baik demi masa depan dunia dan akhirat....Kalau obses kejar duniawi kekadang boleh rosak otak...