PH ada banyak follow Instagram yang memaparkan kehidupan mereka dari luar negara yang telah sukses bagi mengaktifkan minda separa sedar PH setiap hari. Di antaranya ialah @worldwide_luxury. Baru-baru ini akaun Instagram tersebut telah memperkenalkan satu laman Instagram milik Andy Frisella. PH pun belum pernah dengar namanya. Maklumlah di dalam dunia ini ramai sangat orang kaya. Jadi PH pun buat sedikit peninjauan ke akaun Instagram Andy Frisella ( @andyfrisella ). Ada sebab kenapa PH tertarik untuk kongsikan Instagram beliau di dalam blog ini sebagai motivasi buat kita semua.
Apabila PH menjengah akaun Instagramnya, memang ianya lain dari yang lain. Kalau akaun Instagram yang lain, setakat bergambar dengan kereta mewah itu sudah menjadi pemandangan kebiasaan. Kelainan yang PH maksudkan tentang Andy Frisella ini ialah setiap statusnya mempunyai mesej yang jelas dan motivasi bagaimana untuk sukses di dalam hidup. Memang dia bukan Islam, dan kekayaannya mungkin tidak mengenal halal haram tetapi kita sebagai umat Islam perlu belajar dari segi motivasi dan jatidiri. PH ada cuba mencari akaun Instagram milik jutawan yang beragama Islam, tetapi yang PH jumpa adalah mereka yang bergelumang dengan arak dan maksiat ( luar negara ). Mereka memperolehi harta yang berbilion tetapi sayangnya kesemua itu mungkin adalah Istidraj dariNya. Tetapi kalau niat kita mahu hidup senang kerana menuju keredhaan Allah Taala mungkin kita akan terhindar dari perkara-perkara keji.
Selain dari mengejar akhirat, aspek duniawi juga perlu diberatkan kerana dunia itu adalah jambatan akhirat. Baginda Rasulullah SAW tidak suka melihat umatnya miskin kerana miskin itu menuju kekufuran. Ramai orang-orang miskin cenderung untuk melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya dilakukan tetapi tidaklah semuanya begitu. Syaitan itu tidak akan berhenti menghasut manusia untuk melakukan kejahatan. Oklah, kita kembali kepada cerita asal. Berikut adalah laman Instagram Andy Frisella.
Dan berikut juga adalah status-status yang penuh bermotivasi dari beliau. Tapi ada sedikit perkataan kasar di situ.
Andy Frisella menyarankan agar kita fokus impian kita bakal menjadi kenyataan dan memperkatakan tentang impian kita setiap hari. Bagi PH pula, kepada siapa pula kita mahu bercerita tentang impian kita yang sedang berkobar di dada? Jawapannya ialah ceritakan kepada orang yang PERCAYAKAN IMPIAN KITA! Berkawanlah dengan orang-orang yang POSITIF!
PH selalu melihat gambar-gambar rumah idaman PH yang boleh diletakkan banyak kucing di dalamnya dan PH ceritakan semua itu kepada MH ( isteri ) setiap hari! Secara tidak langsung, PH memperoleh satu tenaga yang boleh memikirkan bagaimana untuk mencari jalan bagi mencapai kesemua itu. Inilah antara sebabnya mengapa wujudnya blog Platinum Media supaya PH sentiasa ingat apa yang PH muatnaik di dalam blog terutamanya bab MOTIVASI.
Dan PH paling tertarik dengan status Andy Frisella yang ini :
Selain dari itu, Andy Frisella juga mempunyai haiwan kesayangan iaitu seekor anjing Bulldog. Ini menunjukkan dia juga seorang yang mempunyai naluri sayangkan haiwan.
Nota PH :
Yang mana baik, kita ambillah...Lifestyle dia tak sama dengan kita kerana dia tiada halangan untuk membuat apa sahaja...Tetapi yang penting tidak kira siapa pun dia, motivasinya amat berguna untuk direnungi bersama...Siapalah tahu satu hari nanti mungkin dia akan bertemu dengan hidayah dariNya...??
"Your life is a result of your thoughts, dreams, conversations and focus...Choose them carefully.." - Andy Frisella ( entrepreneur, philantropist, innovator and DREAMER )
Faham tak apa maksud status2 Si Andy tu...??? Kalau tak faham, buat2la PAHAM...
Semoga kita semua berjaya di dunia dan akhirat...Janji niat mau betul...