Dalam diam PH sebenarnya mengagumi susuk tubuh tinggi lampai ini. Bukan sebab apa, kalau nak dibandingkan keadaan PH dan beliau ibarat jauh panggang dari api. Beliau telah berjaya memperolehi pendapatan satu juta ringgit yang pertama di usia seawal 25 tahun. Tidak kisahlah tentang latarbelakang beliau, tetapi yang PH tahu beliau juga telah mengharungi pahit maung sebelum bergelar jutawan
( baca sini ). Ramai orang-orang yang negatif telah menggunakan mimik wajahnya yang seakan 'makcik-makcik' sebagai modal bahan jenaka untuk 'troll' orang lain. Ironinya, beliau tidak terkesan langsung dengan sikap negatif itu, bahkan beliau memperoleh publisiti yang lebih besar.
Baru-baru ini PH tertarik dengan status di laman Instagramnya. Bagi PH ianya sangat ringkas tetapi mendalam maksudnya. Memang siapa yang makan cili akan terasa pedasnya.
Status ini mendapat respon yang sangat baik di kalangan pengikutnya di Instagram.
Dan PH agak 'terasa' dengan komen dari ig @libasulmuslim. Auw...!!! Bukannya apa, komen dari ig @libasulmuslim sangat betul sebab PH pun dah terkena. Bukan setakat ditinggalkan, malah PH 'ditikam' bertubi-tubi dari belakang oleh mereka yang menangguk di air yang keruh yakni mengambil kesempatan di atas kesempitan PH. Ada juga yang menjadikan PH sebagai batu loncatan untuk meraih keuntungan peribadi. Kemudian PH ditinggalkan begitu sahaja setelah mereka mendapat apa yang dihajati. Tapi tidak mengapalah, itulah namanya pengalaman hidup.
Setelah PH 'scroll' komen-komen, PH terbaca satu komen dari ig @kedaiprodukmurahtapioriginal yang kelihatan sangat terkesan dengan status Dato' Aliff Syukri.
Dan ada seorang sahabat lama Dato' Aliff turut mencelah dengan memberi nasihat ringkas yang sangat berguna.
Nota PH :
PH sangat setuju dengan setiap bait ayat di dalam status ig Dato' Aliff Syukri. Kata ibu PH, biar orang buat kita, jangan sekali-kali kita buat orang.
Di satu sudut kehidupan lain tauke Terlajak Laris ini, beliau tetap tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang bapa walau sesibuk mana sekalipun. Banyak gambar-gambar di Instagramnya berkisarkan keluarga dan sahabat handai. Ini jelas menunjukkan beliau mempunyai matlamat yang jelas di dalam kehidupan iaitu KELUARGA dan SETIAKAWAN.
Saksikan video 'sweet' dari Dato Aliff Syukri yang telah dimuatnaik ke laman Instagramnya sempena hari pertama persekolahan anaknya.