RIO DE JANEIRO - BRAZIL. Sekurang-kurang 69 orang cedera selepas dua gerebak keretapi bertembung, semalam.
Sebuah keretapi berkenaan yang sedang berhenti di sebuah stesen, dirempuh oleh sebuah lagi keretapi di landasan sama.
Kejadian berlaku pda jam 8.30 malam di bandar Mesquita. Laporan awal mengatakan hanya terdapat 40 orang cedera.
Kebanyakan mangsa diberikan rawatan di tempat kejadian dan dirawat sebagai pesakit luar.
Menurut O Globo Network, tiada kecederaan serius dilaporkan.
Sinar Harian Online
6 Januari 2015