Zaman sekarang banyak berita sudah 'rosak'. Cerita asalnya dah betul tetapi di'spin' oleh pihak yang sengaja mencetuskan sentimen kebencian. Baru-baru ini heboh diperkatakan tentang sebuah puisi yang kononnya dikarang oleh seorang mangsa banjir yang merupakan seorang ibu kematian bayinya gara-gara disebabkan kegagalan pihak berkuasa menyalurkan bantuan. Tetapi dengar khabar puisi tesebut adalah palsu dan pihak SKMM sedang menyiasat dalang yang menyebarkan puisi tersebut.
Tengahari ni PH terbaca di Newsfeed FB yang menyatakan ada sesetengah peniaga yang 'cekik darah' dengan meletakkan harga yang sangat tidak munasabah kepada mangsa-mangsa banjir.
Nota PH :
Kita yang berada di sini tidak mengetahui keadaan di sana. Khabar ini mungkin betul dan mungkin juga palsu. Tapi biasanya pokok takkan bergoyang kalau takde angin yang lalu.
Jika khabar ini benar, bagi PH memang tidak patutlah peniaga berkenaan mengenakan harga lambung yang begitu tinggi. Kita sebagai manusia ni sepatutnya kenalah ada timbangtara. Di saat hujung-hujung nyawa takkan masih nak fikir soal duit dan keuntungan. Bukankah nyawa itu lebih penting? Tidak kasihankah kepada kanak-kanak dan warga emas yang kebuluran? Agak-agakla sikit yer. Jangan nanti ada bantuan Maggi sampai depa pergi jual pulak kat sana. Bukan tak mahu bersangka baik, tetapi kadangkala dah memang lumrah masyarakat suka menangguk di air yang keruh.
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Itulah yang sebaik-baiknya.