Diberitakan oleh laman FB friends of BN bahawa Anakanda Tengku Mahkota Pahang iaitu Tengku Muhammad Riayatuddin Shah Tengku Abdullah juga tidak ketinggalan membantu mangsa-mangsa banjir. Segak dengan uniform tentera beliau menuruni helikopter dengan membawa bekalan beras. Namun tidak dinyatakan pula lokasinya di mana.
Nota PH :
Bila tengok gambar anakanda Tengku Mahkota ni pegang kampit beras, PH teringat pesan dari seorang tua, beras adalah merupakan simbol rezeki yang utama bagi orang-orang Melayu. Ia mempunyai 'semangat' yang membawa kepada kemakmuran sesebuah institusi keluarga. Ia juga mengenangkan kita tentang jerih perih seorang petani di bendang seterusnya mengajar kita erti kesyukuran serta mengamalkan sikap berjimat cermat.