SIAPA
tidak mengenali figura yang popular dengan gelaran 'Six Million Dolar Man' ini.
Sudah lebih 27 tahun Datuk Yusof Haslam menceburkan diri dalam dunia penerbitan
filem dan drama dan kini digelar sebagai orang lama dalam industri perfileman
tanah air.
Sungguhpun
begitu, sikap merendah diri masih menebal dalam diri beliau. Ketika ditemui di
pejabatnya baru-baru ini, beliau memberikan serba sedikit pandangannya mengenai
hala tuju serta isu-isu hangat yang sedang hangat berlegar dalam industri yang
sudah lama beliau ceburi ini.
Menceritakan
pengalamannya, beliau sudah
menubuhkan syarikat produksinya, Skop Productions
Sdn Bhd sejak 1985 bermula dengan drama bersiri untuk slot Radio Televisyen
Malaysia berjudul Remang-remang Kota Raya.
Kalalu
diperhatikan kecenderungan minatnya dalam menerbitkan drama-drama rantaian
berkisarkan badan-badan beruniform terutama sekali dunia kepolisan mencerminkan
diri Yusof sendiri yang sememangnya kagum dengan displin serta cara kerja badan
beruniform itu.
“Saya
tertarik dengan disiplin bidang kepolisan sebab itu banyak drama yang diarahkan
saya berkisarkan tentang dunia kerja mereka.
“Walaupun
begitu, saya tidak hanya memberi penekanan kepada bidang kerja mereka,
sebaliknya turut menyelitkan jalan cerita yang berunsurkan kemanusiaan serta
isu-isu semasa yang berkait rapat dengan masyarakat kita,” katanya.
Antaran
drama yang pernah diterbitkannya ialah Roda-roda Kuala Lumpur, Debu-debu Kota
Raya dan Gerak Khas.
Pelopor
fenomena baru
Selain
itu, beliau juga merupakan pelopor fenomena menjadikan jalan cerita daripada
filem untuk diterjemahkan kepada drama bersiri.
Sebagai
contoh, filem Sembilu yang dilakonkan oleh penyanyi Awie, Erra Fazira dan Ziana
Zain telah dijadikan sebagai drama bersiri dengan menampilkan bakat baru seperti
Zed Zaidi dan Hetty Sarlene sebagai teraju utamanya.
Bertitik
tolak dari situ, industri mula mengikut jejak langkahnya dengan menjadikan
judul dan jalan cerita sesebuah filem sebagai drama bersiri di kaca televisyen.
Ketika
ditanya Sinar Harian Online mengenai kualiti dan kuantiti filem yang mana satu
diutamakan dalam produksinya, Yusof lantas memberikan jawapan dengan berkata,
beliau sangat mementingkan kualiti karya yang cuba diketengahkan kepada
penonton.
“Cukup
saya rasakan bagi sesebuah syarikat produksi yang sudah ‘establish’ untuk
mengeluarkan dua atau tiga filem sahaja setahun.
"Ini
kerana bagi saya, menerbitkan filem bukan semudah menerbitkan drama.
“Ini
disebabkan filem memerlukan hasil penelitian serta kajian yang menyeluruh
sebelum kita boleh memulakan sesuatu projek filem itu,” katanya.
Oleh
itu, tahun lepas Skop hanya mengeluarkan tiga filem iaitu Khurafat, Aku Bukan
Bohsia dan juga filem terlaris tempatan yang diarah anak bujangnya, Syamsul, KL
Gangster.
“Saya
mahu menerbitkan filem yang dapat memberikan kesan kepada penonton selain
daripada berhibur," kata beliau.
Isu
tayangan wajib
Beliau
turut mengulas mengenai ketetapan baru Finas yang membenarkan dua tayangan
filem tempatan serentak dalam masa seminggu yang bermula awal tahun ini.
Katanya,
perkara ini tidak menjejaskan dan tidak mempengaruhi kadar kelembapan jualan
tiket bagi filem tempatan sejak kebelakangan ini.
Yusof,
58, merasakan minat serta cita rasa peminat tempatan tidak boleh diramal berbeza
daripada bidang fesyen dan muzik yang senang boleh diramal oleh sesetengah
pihak.
“Kita
tidak boleh ramal secara tepat minat serta kecenderungan genre filem bagaimana
yang mampu menarik minat penonton untuk ke panggung menonton.
“Walaupun
kajian sudah dijalankan, tetapi ia tidak menggambarkan keseluruhan peminat yang
lain. Lain orang lain minatnya," katanya lagi.
“Itu
adalah risiko serta cabaran yang harus dihadapi seseorang produser filem
tempatan bagi saya kerana cita rasa mereka, kita tidak boleh agak secara
tepatnya,” katanya.
Filem
SAM (Saya Amat Menyayangimu) arahan seorang lagi anaknya, pengarah termuda di
Malaysia, Syafiq, 19, turut menerima nasib yang sama apabila jumlah kutipan
secara keseluruhan bagi filem itu hanya berjaya mengumpul setakat RM2 juta
sejak ia menjengah pawagam bermula 1 Syawal lalu.
Walaupun
rata-rata orang memberikan pujian kepada filem bergenre ‘pyscho thriller’
arahan sulung Syafiq, tetapi kutipannya masih tidak memberangsangkan.
Menceritakan
perkara itu, Yusof menjelaskan, “tipulah kalau kita buat filem, kita tak mahu
untung."
"Tetapi
bagi saya, jika dapat balik modal itu sudah cukup bagus, kalau filem itu pecah
panggung, alhamdulillah, seperti yang berlaku kepada filem KL Gangster yang
mencatatkan kutipan RM12 juta, saya anggap itu sebagai rezeki daripada ALLAH
S.W.T. selain kerja keras semua tenaga kerja yang terlibat dalam pembikinan
filem itu," katanya lagi.
Program
realitivi TV keluarga Yusof
Sementara
itu, dalam laporan sebuah akhbar harian baru-baru ini ada memberi cadangan
kepada Yusof dan keluarga untuk menerbitkan rancangan realiti TV seakan-akan
program popular dari Barat, ‘Keeping Up With the Kardashians’.
Menurut
artikel itu lagi, dia mahu melihat bagaimana kehidupan seharian yang dilalui
oleh Yusof sekeluarga terutamanya melibatkan diri beliau dan dua anak
terunanya, Syamsul dan Syafiq.
Menjawab
persoalan itu, Yusof lantas mengatakan rancangan sebegitu sememangnya
bertentangan dengan norma dan budaya masyarakat kita.
“Saya
tidak keberatan untuk memaparkan kehidupan seharian kami sekeluarga tetapi
janganlah sampai perkara dalam bilik tidur pun hendak dipertontonkan kepada
penonton.
"Itu
sudah tidak manis pada pandangan saya," katanya.
Beliau
menambah: "Kalau kehidupan seharian secara kasarnya itu pada saya okey
lagi."
"Tetapi
kalau sudah sampai hal-hal ‘dalam kain’ pun hendak dihebahkan seperti program
dari Barat itu, saya rasa tidak sesuai sama sekali untuk diaplikasikan di
negara kita,” katanya sambil berseloroh.
Kejayaan
tidak datang bergolek
Yusof
juga menitipkan pesanan kepada semua penerbit dan pengarah muda bahawa kejayaan
tidak datang bergolek.
Oleh
itu katanya, kerja keras dan disiplin diri harus diperkemaskan agar filem yang
dihasilkan berjaya menarik penonton ke wayang.
Selain
itu, Yusof turut menggesa penggemar filem supaya sentiasa menyokong filem
tempatan yang dihasilkan kerana menurutnya, “jika bukan kita yang menyokong,
siapa lagi yang akan berbuat demikian.”
Sumber
:
Sinar
Harian 2012